Wednesday, December 15, 2010

BROWNIES KUKUS LAPIS KEJU

Walaupun resipi ni da ada, tetap nk letak jugak sbb maybe ada different... can try any of d recipe...

Lapisan Coklat.

bahan2nya:
150gm gula halus
80 gm mentega
50 gm coklat masakan
50 gm tpg kek
30 gm serbok koko
5 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh coklat emulco

cara membuatnya:
1.cairkan mentega dan coklat masakan(cara double boil)-sejukkan.
2.pukul telur dan gula halus sampai kembang.Masukkan mentega dan coklat cair tadi-gaul sebati.
3.masukkan tpg kek,serbok koko,serbuk penaik dan coklat emulco-gaul adunan hingga sebati.
4.tuang adunan kedlm loyang dan kukus selama 35 minit.

Lapisan Keju:

bahan A:
50 gm gula halus
30 gm ovaleete
3 biji telur

Bahan B:
50 gm tpg kek
30 gm tpg jagung

Bahan C:
150 gm krim keju
2 sudu mkn susu manis
sedikit pewarna kuning

Bahan D:
60 ml minyak jagung

cara membuatnya:
1.pukul bhn A sehingga kembang dan pekat.Masukkan bahan B dan digaul rata-ketepikan.
2.dalam mangkuk lain,pukul bahan C sehingga lembut.Masukkan kedlm adunan telur(A+B).Kacau sebati.Kemudian masukkan minyak jagung dan digaul rata.
3.tuang atas adunan yg dikukus td..sebelum dituang elok dilorekkan permukaan adunan pertama td dgn garpu dahulu..kemudian baru dituang adunan yg baru td.Kukus lagi selama 30 minit atau sampai masak.

Tuesday, November 30, 2010

KEK LUMUT


BAHAN-BAHANNYA :-
)250 g mentega
3/4 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan nestum
1/2 cawan seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Pewarna hijau secukupnya (mat guna 2 camca besar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Satukan tepung, horlicks dan nestum, gaul rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kacau rata.
  3. Masukkan seri kaya dan susu pekat manis, putar lagi hingga rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi. Tutup dengan aluminium foil dan ikat kelilingnya dengan tali rafia, kukus 2 1/2 jam hingga 3 jam. Mat kukus 3 jam....


Blueberry Cheesecake 

Blueberry Cheesecake

by Maznah Long on Monday, November 29, 2010 at 6:28pm
Bahan-Bahan:

Untuk Base:
1 peket biskut digestives
2 cawan cornflakes
3 sudu besar gula perang
3 sudu besar mentega lembik

Untuk Filling:
750 gm (3 peket) Philadelphia Cream Cheese
225 gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
150 ml (1pek kecil) yogurt perasa strawberry
1 tin blackberry (brand S&W) ditapis (hanya ambil buahnya sahaja)

Cara:
Biar semua bahan pada suhu bilik Panaskan oven pada suhu 180C.

Cara Untuk Base:
 Kisar atau hancurkan biskut dan cornflakes hingga halus.
Campurkan gula dan mentega hingga sebati ke dalam adunan biskut itu.
Dalam acuan 'springform' atau 'loose bottom' bulat 23 cm, tekankan adunan base itu hingga rata dan kejap.
Bakar base selama 7 minit.
Ketepikan.

Cara Untuk Filling:
Pukul cream cheese dan gula selama 3 minit.
Kemudian ayak ke dalam adunan cheese itu tepung jagung.
Pukul lagi sehingga kembang dan tidak berbintil.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan yogurt.
Kacau sampai sebati.
Dengan menggunakan udip atau spatula, kaup balikkan buah blackberry itu hingga rata dalam adunan.
Tuang adunan itu atas base yang telah tersedia.
Bakar selama 30 minit atau hingga tepi kek sudah tertarik dari acunya.
Setelah masak, tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama sejam.
Renggangkan pintu oven dengan sudip kayu agar terbuka sedikit.
Sejukkan dalam peti sejuk.

Cadangan Hidangan:
Setelah kek sejuk, boleh dihias dengan 'mock glaze' iaitu jeli blueberry segera (suku peket) dicairkan dengan air panas dan disudukan perlahan-lahan atas permukaan kek rata-rata.


Saturday, October 30, 2010

CHEESE CAKE

Bahan-bahan ( 18 cm )
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Cara-cara
1.Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3.Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4.Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap

COCKTAIL TRIFFLES

ada 3 lpisan

lpis bwh sekali : kek gulung prasa coklat..hiris n susun kat pmukaan bks. then, amik sikit je air d tin koktail tu tekan2 sikit kat kek bg lekat..

lps tgh : puding kastad
1 tin susu cair ideal+secawan air + 1 sudu gula+secubit garam kasi lemak + 3 sudu mkn tepung kastard..msk smpai pekat n berkilat..then letak atas kek tu..then tabur isi buah koktail yg ditapis air..

lpis atas sekali : jeli strawberi (nona)

MAKARONI BAKAR

Bahan-bahan:

3 tbs minyak masak
3 ulas bwg putih- ditumbuk halus
1 biji bwg besar - dipotong kuib kecil
500 gm daging cincang
2 tbs tomato puree
200 gm mixed vegetables
sedikit lada sulah,garam,air
300 gm makaroni

UTK SIRAMAN
5 biji telur
1 tin susu cair
3 tbs tepung gandum_ dibancuh dan di masak sebentar

CARA- CARANYA:
1. Panaskan minyak, tumis bwg putih, bwg besar sehingga kekuningan. Masukkan daging cincang digoreng hingga kering airnya.
2.Masukkan garam,lada sulah dan tomato puree.
3.Masukkan mixed vegetables,kacau sebentardan tutup api.
4. Makaroni disusun dlm tray 9x9 kemudian disiram dgn. bhn siraman.Buat sebanyak 3 lapis.penyek-penyekkan.Kemudian balut dgn aluminium foil. Baru dibakar selama 30 minit dgn suhu 180 darjah.

CHICKEN CHOP

Bahan-bahan sos ( 4 orang)
5 ulas bwg putih(ditumbuk lumat)
2 sudu butter
50g serbuk brown sos(jenama knorr)
1 liter air
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk chicken stok (jenama knorr)
1/2sudu kecil garam
1/2cwn susu segar
3 biji cendawan butang dihiris

untuk ayam
ayam ikut suke
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk lada lada sulah

untuk coslow
1/2 potongan kobis
carrot sedikit
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar air gula
1 1/2 sudu jus limau nipis

Cara-cara UNTUK AYAM
gaulkan semua ayam dan perapkan selama 3 jam dan bakar dlm oven pd suhu 200c 10 minit

UNTUK SOS
panaskn periuk
masukkn butter
tumiskan bwg putih apabila sudh naik bau masuk(serbuk brown sos campurkan dgn 1 liter air)
masuk kn brown sos dan kacau sehingga pekat
masuk lada hitam+garam+serbuk chicken stok+cendawan butang gaul kan
last sekali masuk susu segar gaulkan dn tutup api

UNTUK COSLOW campurkan kesemua bahan dan masukkn dlm peti sejuk

TART TELUR

Bahan2 intinya..

1 tin susu cair
1 tin susu pekat ( saiz sederhana)
5 biji telor
1 sudu gula
1 sudu teh esin vanilla..

Cara2nya..

Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga sebati..
** blend je tp jgn terlalu lama sbb nanti banyak buih..

Bahan2 kulitnya..

L/Kurang 1/2 kilo tepung pau
1 biji telor
1 buku butter
2 sudu mkn gula ( ada yg suka letak sedikit pewarna kuning.. terpulang la..)

Cara2nya..

pukul telor dgn gula..lepas tu masukan butter dan tepung sikit demi sedikit .
.** agak2la mcm buat adunan kuih raya jgn terlampau lembut @ keras....

Langkah Seterusnya...

masukan adunan dalam acuan , just tekan2 je sampai rata dlm acuan tersebut ...
setelah siap, masukkan inti lebih kurang 3/4 je sbb bila dibakar nanti intinya akan naik..
kemudian bakar... klu tgk dah kuning kulitnya, kira dah masak la tu...boleh la di angkat..
kemudin ketuk2 je tepi acuan bg mudah ianya tertanggal dari acuan..

PIZZA

 2 CWN TEPUNG GNDUM/ROTI
* 1/2 PEKET MAURIPAN/YIS KERING
* 1 SDU MKN GULA
* SEDIKIT MINYAK ZAITUN/MASAKBHN2 BERTANDA
* CAMPURKN N BIAR SEKETIKA HINGGA BERBUIH BERSAMA 1/2 CWN AIR SUAM..
SEDKIT GRAM

cara buat :
 MASUKKN GRM+TEPUNG + BHAN *
x pyah uli..bancuh sumer bhn diatas seperti bancuhan nk buat cekodok ikan bilis tu..BIARKAN 1/2 JAM/HINGGA DOH NAIK 2 X GANDA..ratakan ats dulang pembakar yg dsapu minyk & ltak topping mcm kt atas..biakan dlm 15 mnit bru bkar..

Topping piza :
 tumis bwg besar,putih- wangi: masukkan dging/ayam cincg..ltak serbuk lada putih sket,gram n masak-kering.. pastikan ltak prego/tomato paste atas doh dlu..ltak daging td,sosej,capsicum,bwang n serbuk oregano..last sx mozarella.. bleh jgak ganti ngn inti tuna,serunding,sambal bilis punn. .. kita yg buat dia..hi hi hi.. sosej pun bleh gnti ngan beb0la daging,ayam.ktam dll jga..BKAR SHU 190 SLMA 20 M. LTAK DTGH2 OVEN

CHOC CHEESE CAKE

Bahan Base [boleh juga jika nak gantikan dengan kek span vanilla nipis]
200 gm biskut cheese cracker [hancurkan]
3 s/b butter
2 s/b madu

Bahan Keju 
250 gm keju krim Philidephia
60 gm butter
100 gm gula perang
3 kuning telur
1 s/k esen vanilla
3 s/b fresh atau whipping cream
1 s/b tepung gandum ]
2 s/b serbuk coklat ] ayakkan
3 biji putih telur [pukul sehingga gebu dan menjadi ringan]

Cara 
1. Gaulkan semua bahan base dan tekan dalam acuan/loyang yg telah disapukan majerin.
2. Bakarkan dalam oven pada suhu 170'C selama 10 minit.3. Campurkan krim keju, butter dan gula. Pukul sehingga gebu.
4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanila dan kacau.
6. Masukkan fresh atau whipping cream dan kacau rata.
7. Masukkan tepung gandum dan serbuk coklat berselang seli dengan putih telur yg telah dipukul. Kacau rata.
8. Masukkan dalam acuan yg ada base dan bakar pada suhu 150'C selama 60 minit.
9. Bila telah masak, biarkan dalam oven sehingga sejuk.
10 Keluarkan dari oven dan parutkan kepingan coklat masakan dan potong dengan pisau yg telah dipanaskan.

BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS

Bahan-bahan ( loyang 4segi 10" )
  • *500g campuran brownies kukus (premix)
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g baking powder
  • *5g soda bikarbonat
  • **inti cream cheese**
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air
  • nota:premix brownies tu bule cari kat kdai baking supply.kalo tak jumpe,bule gune resepi brownies yg ade....jadik jugee....=)


Cara-cara
  1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
  2. **untuk inti**
  3. campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
  4. kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
  5. ##cara lapis##
  6. masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
  7. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
  8. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
  9. edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar

PIE DAGING KENTANG

Bahan..
500gm daging cincang
6ulas bawang putih(hiris)
1 biji bawang besar(cincang)
2sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu teh tomato puree
garam secukup rasa
8 biji kentang (saiz sederhana)
1/2 cawan lobak merah(diparut)
1/2 cawan susu
1 sudu teh mentega
1/2 cawan airparutan cheese (untuk taburan)*mozzarella or cheddar
*minyak utk menumis

Cara..

Panaskan minyak lalu tumis bawang besar, bawang putih..goreng till harum.
Masukkan daging, serbuk cili,kunyit,tomato puree, garam dan air..
Biarkan hingga daging empuk dan kering..Rebus kentang till lembut, buangkan kulit dan masukkan lobak, susu, mentega dan sedikit garam..
Lecek kentang bersama bahan2 hingga sebati..Sapukan mentega di permukaan baking tin or glass..Letakkan daging dlm baking dish dan ratakan..
Letak kentang yg sudah dilecek di atasnya..
last tabur shredded cheese..
Bakar selama 30mins @ 170degC