first time rasa kuah kacang ayam ni ms my jiran bt open house raya... ms raya haji tetiba terasa nk try bt gak.. nk ty puan jiran, de dah blk kg.. so trpaksa la ty pakcik google je.. mujur jumpa... & 1st time bt, mmg yummy... cuma yg mrosakkn hidangannye cili pedas gler...huhu... takpe...next time cuba lg kn... so, kena la save d recipe for next time kn...hihi...
Resepi dari nazua myR. but i jumpa dlm blog http://myluvlykitchen.blogspot.com/2009/06/kuah-kacang-ayam.html ;-)
Bahan-bahan:
- 300 g isi ayam (potong dadu) - sy guna rangka tulang ayam
- 200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
- 5 sudu gula merah/ gula melaka
- 2/3 cawan gula putih
- garam
- 1 cawan air asam jawa
- ½ cawan santan pekat
- Bahan-bahan tumis :-
- 2 batang serai
- 5 cm kulit kayu manis
- 2 biji bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- ¼ cawan minyak masak
- Bahan-bahan kisar :- (goreng tanpa minyak dahulu, kemudian baru dikisar):
- 20 tangkai cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 15 ulas bawang merah
- 6 biji buah keras
- 1 cm belacan
- 1 sudu teh jintan manis- sy guna serbuk
- 1 sudu teh jintan putih- sy guna serbuk
- 1 sudu teh ketumbar- sy guna serbuk
- Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar.(Setengah halus dan setengah kasar).
- Panaskan minyak,tumis serai hingga wangi, masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
- Masukkan semua bahan kisar tadi.Biar garing sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa dan isi ayam. Masak hingga ayam hampir masak dan airnya kering sedikit.
- Masukkan gula merah, gula putih dan garam. Biar mendidih seketika.
- Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat.Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.
- Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment