Tuesday, July 17, 2012

SEASONAL FRUIT BREAD PUDDING

Sumber: http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/07/seasonal-fruit-bread-pudding.html


Mula-mula kita sediakan karamel dahulu

1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas

Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas.
Kacau segera supaya tidak berketul.
Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian.
Biarkan  seketika.

Puding
6 keping roti sandwic ~ di buang tepinya yang keras
1 1/2 cawan susu cair atau susu segar
1/2 cawan double cream
1/4 cawan susu pekat ~ ita gantikan gula dengan susu pekat
1 sk esen vanilla
1 biji lemon parut kulitnya sahaja
3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)

 10-15 Raspberries ~ potong dadu

10 Cherries ~ potong dadu
10-15 Blueberry ~ potong dadu
chocolate chips

Panaskan susu, agak-agak suam aje.
Kemudian satukan susu, roti, susu pekat, esen vanila dan kisar dalam blender hingga hancur dan sebati.
Kemudian masukkan dauble cream dan kacau rata.
Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan.
Kemudian masukkan buah-buahan yang telah di dadu tadi

Tuangkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
Taburkan coklat chip di atasnya.
Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas.
Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya.
Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan.
Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.
Hidangkan sebagai pelengkap sajian bersama ice cream, buah-buahan atau sos caramel.

No comments:

Post a Comment